Rabu, 27 April 2016

Garage Kafe- Satu lagi Konsep Kafe terbaru di Sabah


(Foto oleh @joehairie)



Terletak tidak jauh dari simpang masuk ke Grand Millenium Jalan Pintas Penampang, Garage Kafe adalah satu lagi Kafe terbaru di sekitar kawasan Kota Kinabalu dan Penampang. Kafe ini baru sahaja memulakan operasinya. Ia dimiliki dan diurus oleh sepasang suami isteri dengan bantuan beberapa pekerja yang berdedikasi. Kafe ini menawarkan sajian berkonsepkan makanan Western, Malaysia dan juga Fusion. Konsep Kafe ini adalah berdasarkan kepada Garage Cafe yang kini semakin popular di seluruh dunia. Pemilik Kafe ini memberitahu kami bahawa konsep Garage Cafe itu akan diterapkan secara berperingkat untuk memberikan nafas baru kepada konsep Kafe Hipster yang banyak terdapat di Kota Kinabalu. Ikuti ulasan kami mengenai Kafe ini.

curiostraveller kini kembali!!




Setelah beberapa bulan tidak aktif dalam blog ini, akhirnya kami (curios travellers) kembali dengan entri-entri berkaitan dengan pengalaman pengembaraan di merata tempat. Blog ini akan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa perantara manakala versi bahasa Inggeris boleh dibaca di curiostraveller.com . Blog tersebut mengkhusus kepada makanan, kebudayaan dan tempat-tempat menarik di Negeri Sabah manakala blog ini mempunya ruang lingkup geografi yang lebih luas. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.