Rabu, 27 April 2016

Garage Kafe- Satu lagi Konsep Kafe terbaru di Sabah


LIPUTAN/REVIEW 2016



Terletak tidak jauh dari simpang masuk ke Grand Millenium Jalan Pintas Penampang, Garage Kafe adalah satu lagi Kafe terbaru di sekitar kawasan Kota Kinabalu dan Penampang. Kafe ini baru sahaja memulakan operasinya. Ia dimiliki dan diurus oleh sepasang suami isteri dengan bantuan beberapa pekerja yang berdedikasi. Kafe ini menawarkan sajian berkonsepkan makanan Western, Malaysia dan juga Fusion. Konsep Kafe ini adalah berdasarkan kepada Garage Cafe yang kini semakin popular di seluruh dunia. Pemilik Kafe ini memberitahu kami bahawa konsep Garage Cafe itu akan diterapkan secara berperingkat untuk memberikan nafas baru kepada konsep Kafe Hipster yang banyak terdapat di Kota Kinabalu. Ikuti ulasan kami mengenai Kafe ini.