Isnin, 15 Mei 2017

Inilah 6 hidangan terbaik yang patut anda cuba di Al Hamra Restaurant & Bistro, The Palm Square Kinarut


Lokasi: The Palm Square Kinarut, Papar, Sabah


Setiap restoran itu mempunyai keunikannya tersendiri dan begitu jugalah halnya dengan Al Hamra Restaurant & Bistro yang lokasinya terletak di The Palm Square Kinarut. Walaupun ia berada dalam daerah Papar, pelanggan setia restoran ini sanggup untuk datang ke sini kerana satu sebab iaitu kelazatan dan kualiti tinggi yang ada pada setiap hidangan yang disajikan. Kami berkesempatan untuk berkunjung ke restoran ini dan kami berpeluang untuk merasai 6 jenis hidangan. Ikuti kembara kulinari kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keunikan hidangan di restoran ini.



Mengenai Al Hamra Restaurant & Bistro


IMG_0692

Al Hamra Restaurant & Bistro dimiliki dan diuruskan oleh sepasang suami isteri beragama Islam yang memberikan tumpuan sepenuh masa kepada restoran mereka. Mereka juga sering menerima tempahan katering. Dalam masa terdekat, mereka akan mengubahsuai tingkat atas restoran untuk digunakan bagi mereka yang ingin membuat tempahan majlis atau katering. Restoran ini berhawa dingin dan mempunyai ruang makan yang agak besar. Dari segi hidangan, restoran ini menyajikan pilihan makanan berkonsepkan Timur Tengah dan juga Barat.


IMG_0703

Kaunter persediaan dan dapur terletak di tengah-tengah restoran

IMG_0702

Tempat duduk dan meja makan yang ringkas tetapi menarik

IMG_0701

Susun atur yang minimalist sifatnya tetapi menarik


Hiasan dalaman restoran ini agak minimal tetapi moden atau kontemporari. Pendekatan minimalist sedemikian rupa membuatkan kami berasa amat selesa. Hiasan serta susun atur yang melampau kadangkala menyakitkan mata yang memandang tetapi mujurlah Al Hamra lebih mementingkan hidangan berbanding hiasan yang keterlaluan. Para pekerja kelihatan amat peka dengan keperluan pelanggan. Sewaktu kunjungan kami, kami dapat melihat kesungguhan pekerja restoran ini dalam memberikan servis terbaik kepada setiap pelanggan. 


6 Hidangan Terbaik Al Hamra Restaurant & Bistro


IMG_0772

Kehebatan restoran ini terletak pada hidangannya. Pemilik restoran memastikan bahawa kualiti makanan dan minuman restoran ini berkualiti tinggi tetapi masih dalam julat harga yang berpatutan. Kami diberikan peluang untuk merasai 6 jenis hidangan dan kami mendapati bahawa setiap hidangan tersebut bukan sahaja lazat tetapi juga berkualiti. Kami agak terkejut dengan harga setiap hidangan kerana ia sama atau lebih murah dari restoran-restoran yang lain tetapi kualitinya lebih tinggi. 



Hidangan 1 - Chicken Mandy/Ayam Mandy (RM15.90)


IMG_0721

Hidangan ini berasal dari Tanah Arab, secara khususnya di Yemen. Hidangan ini adalah yang paling kami gemari. Terdapat 4 komponen utama dalam hidangan ini iaitu Ayam, Nasi Mandy, Sos Cecahan (Chakni/Chutney) serta potongan dadu timun, tomato dan lada merah (Fattoush/Salad Klasik Timur Tengah). Asas terpenting dalam menyediakan Ayam sebelum dipanggang adalah melumurnya dengan bahan perapan yakni campuran rempah-rempah tertentu yang dipanggil sebagai Hawaij. 


Perapan inilah yang memberikan rasa kepada ayam. Daging ayam tersebut sangatlah empuk walaupun diluarnya garing. Terdapat pelbagai versi Nasi Mandy sebenarnya, namun apabila kami merasa versi Al Hamra ini, rasanya mirip kepada yang asli. Sos Cecahan iaitu Chakni memberikan rasa tambahan kepada hidangan ini manakala Fattoush memberikan tekstur serta rasa masam kepada keseluruhan hidangan.

 


Hidangan 2 - Al Hamra Lamb Shank Mandy (RM24.90)


IMG_0730

Sama seperti hidangan pertama, hidangan ini dilengkapi dengan Chakni dan juga Fattoush. Namun demikian, hidangan ini berbeza dari Lamb Shank yang pernah kami makan sebelum ini. Pada kebiasaannya, Lamb Shank dihidangkan dengan sos atau kuah yang pekat. Di restoran ini, ia dihidangkan dalam keadaan yang kelihatan agak kering. Namun demikian, dagingnya agak empuk dan enak. Ia amat berpadanan dengan Nasi Mandy yang dihidangkan apatah lagi apabila dicecah dengan Chakni. Dari sudut persembahan, ia mungkin kelihatan kering tetapi secara peribadi, kami berpendapat hidangan ini patut anda cuba. 



Hidangan 3 - Lamb Honeeth (RM15.90)


IMG_0712

Ini adalah satu lagi hidangan yang berkonsepkan sajian Timur Tengah. Tiga komponen utama dalam 2 hidangan terawal iaitu Nasi Mandy, Chakni dan Fattoush dikekalkan tetapi proteinnya adalah daging kambing. Untuk menikmati kelazatan makanan ini, anda perlu untuk mencarik sedikit daging dan makan bersama dengan nasi serta Chakni dan Fattoush. Walaupun dilihat agak kering, sebenarnya daging tersebut adalah empuk dan mempunyai rasa rempah yang enak, hasil dari perapan sebelum dimasak.



Hidangan 4 - Spaghetti Beef Bolognese (RM11.90)


IMG_3636

Lihat saja anda sudah tahu ini adalah hidangan berasaskan sajian barat. Ia merupakan hidangan yang agak umum di mana-mana restoran namun Spaghetti Beef Bolognese versi Al Hamra ini agak berbeza dari yang lain. Ini kerana daging cincang dalam kuah yang ditabur atas spaghetti itu agak menepati citarasa kami. Ia bukan sahaja banyak dari segi kuantiti tetapi rasanya amat lazat sekali apatah lagi dengan spaghetti yang dimasak dengan sempurna, tidak keras dan tidak terlalu lembut. Hidangan ini disertakan dengan potongan roti yang dipanggang dan disapukan mentega. 



Hidangan 5 - Fatuchini Mussle Carbonara (RM11.90)


IMG_0709

Pada kebiasaanya apabila kami memesan Fettucine, kami jarang dapat menghabiskan keseluruhan isi dalam pinggan yang dihidangkan kepada kami. Ini kerana, kebanyakan Fettucine yang dihidangkan di restoran agak memberikan sedikit rasa 'Lemau', 'terlalu berkrim' dan akhirnya mewujudkan rasa 'mual'. Fettucine versi Al Hamra adalah berbeza dengan apa yang kami rasa sebelum ini. Ia berjaya menghilangkan rasa mual itu dan kami menghabiskan keseluruhan isi dalam pinggan. 


Kupang (diimport dari New Zealand) yang disertakan amat empuk dan disalut dengan krim keju. Pasta dimasak dengan sempurna manakala potongan roti panggang itu 'melengkapkan' hidangan secara keseluruhannya. Taburan keju atas pasta memberikan rasa nikmat tambahan dan krim yang menyaluti pasta tidak terlalu pekat mahupun cair. Secara keseluruhannya, ia adalah satu hidangan yang sempurna! 



Hidangan 6 - Potato Wedges (RM12.00)


IMG_0751

Potongan Kentang digoreng, dipersembahkan atas 'papan potong' dan disaluti dengan krim keju. Bagi kami ia adalah satu menu yang 'bijak' kerana ia memberikan satu 'kepuasan' kepada mereka yang memakannya. Ia sangat kaya dengan rasa keju. Kentang yang panas memang sesuai sekali dengan krim keju itu. Ia merupakan satu kombinasi yang baik dan sesuai untuk semua jenis pelanggan, dari yang muda hinggalah yang berusia. Bagi kami, hidangan snek ini bukan sahaja amat sesuai dimakan sewaktu minum petang tetapi juga pada waktu malam.



Minuman Signature -  Avocado Special (RM8.50)


IMG_3570

Avocado Special versi Al Hamra ini mempunyai kesempurnaan dari segi kepekatan, rasa dan tekstur. Rasa buah Avocado itu memang ketara dan gabungan bersama sirap coklat serta krim memberikan rasa kental yang diingini. Jarang sekali kami dapat merasai Avocado Special sebaik ini. Kebiasaanya, di restoran lain, ia agak cair atau rasa Avocado itu tidak jelas. Sekiranya anda berkunjung ke restoran ini, kami sarankan agar anda mencuba Avocado Special versi Al Hamra Restaurant & Bistro. 



IMG_0757

Secara keseluruhannya, kami sangat berpuas hati dengan kesemua 6 hidangan yang disajikan kepada kami. Ia bukan sahaja lazat tetapi berkualiti tinggi dan harganya memang berpatutan. Avocado Special yang kami pesan pula sangat menepati citarasa kami dan kami tidak teragak-agak untuk menyarankan anda untuk mencubanya. Jika anda berada di bandaraya Kota Kinabalu dan mencari hidangan yang unik serta berkualiti tinggi, datanglah ke Al Hamra Restaurant & Bistro yang jauhnya hanya 18 KM.  




Image may contain: text


Al Hamra Restaurant & Bistro

Lot E2, 70 & 1st Floor

Block E,

The Palm Square Kinarut

89600 Kinarut, Sabah, Malaysia.


Untuk pertanyaan lanjut atau membuat tempahan/katering, hubungi Encik Iqbal Nassim +60 12 823 7808

Email: alhamra.restaurantbistro@gmail.com

Facebook: Al Hamra Kota Kinabalu

Instagram:  @alhamrakotakinabalu

Panduan arah tuju ke AL Hamra Restaurant & Bistro : Klik SINI (Video YouTube)


GALERI FOTO


IMG_3596
IMG_3612
IMG_3599
IMG_3583
IMG_3633
IMG_3590
IMG_3580
IMG_3575
IMG_3621