Isnin, 22 Mei 2017

Rasa Asli Selera Kampung di Bazaar Ramadan Terbesar, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu



Hidangan tradisi Ala-Kampung terkenal di kalangan ramai terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Ini kerana ia mengimbau kenangan semasa berbuka puasa di bulan Ramadan.



Nasi Arab dengan Kismis dan Kacang Gajus serta Kambing Panggang

Hayati kesucian di bulan Ramadan bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan serta berbuka puasa (Iftar) di Bazaar Ramadan terbesar di Kota Kinabalu oleh Sutera Harbour Resort, bertemakan 'Selera Kampung'. 


Rendang Daging Sumatera


Lebih dari 300 jenis sajian buffet akan dihidangkan dan ia merangkumi hidangan dari kesemua 13 negeri di Malaysia. Jenis sajian akan ditukar-ganti setiap hari. Persediaan sajian berbentuk buffet ini diketuai oleh Eksekutif Chef Chandran Narayanan yang mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang kulinari, dibantu oleh pasukannya yang berkebolehan serta berdedikasi tinggi, 


Putu Mayam dengan Parutan Kelapa serta Gula Perang

Chef Chandran Narayanan berkata hidangan-hidangan dalam Bazaar Ramadan akan mampu menggamit selera pelanggan setelah mereka berpuasa sehari suntuk.


IKan Bakar Daun Pisang

"Selera Kampung di Buffet Bazaar Ramadan adalah berasaskan hidangan tradisi Ala-Kampung yang mencerminkan kepelbagaian latar belakang dan kebudayaan di Malaysia," kat Chandran.


Hinava Ikan

Pelbagai hidangan menarik bakal menanti pelanggan di Grand Balroom, Hotel Pacific Sutera Kota Kinabalu dari hari pertama sehinggalah hari terakhir puasa di bulan Ramadan. (6.00 petang hingga 10.30 malam).


Ulam dan Sambal Belacan

"Pelanggan akan disajikan dengan pelbagai jenis hidangan yang membuka selera misalnya Rendang Sumatera, Sup Tulang Herba, Nasi Kerabu, Nasi Kandar, Ayam Shawarma, Nasi Arab dengan Kambing Panggang dan banyak lagi," tambah Chandran yang merupakan anak kelahiran Negeri Sarawak.


Ayam Shawarma

Antara lain, persembahan Ghazal, ruang solat dengan sejadah serta kemudahan untuk menunaikan solat Tarawih yang diketuai seorang Imam juga disediakan. Kawasan letak kereta disediakan secara percuma kepada para pelanggan.


Kek Lapis Sarawak

Biskut Makmur

Tat Nanas

Selera Kampung (Bazaar Ramadan) berharga RM128.00 untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun diberikan diskaun 50%. Tempahan untuk jumlah 20 pelanggan ke atas akan diberikan diskaun sebanyak 20% sepanjang Bazaar Ramadan.



Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi (6088) 318 888 / 312 222 sambungan 3671 atau layari www.suteraharbour.com